Resepi Sos Lada Hitam (Gravy) Yang Paling Mudah

by 11:39:00 PM 5 comments
Assalamualaikum.
Hye semua ^_^

Sejak aku dah teror memasak ni, semua aku nak buat (resepi).
Tapi aku lebih kepada masakan western manakala mak aku lebih kepada masakan tempatan.

Dah makan-makan resepi aku buat sos lada hitam (ikut resepi Google)
Ada yang kene letak sos tiram, sos cili, sos tomato, segala sos bagai mane aku nak carik.
Tepung jagung, susu segar bagai.
Sume itu mungkin nak sedapkan rasa or entahlahh.

Ni nama die Gravy (Google)


Disebabkan kemalasan nak membeli segala barang yang rumit tersebut.
Maka aku dapat idea nak try resepi baru gravy aku.
Simple, dan masih mengekalkan rasa gravy chicken chop di restoran.

Here we go !

Bahan-bahan :

1. Bawang merah - sebiji
2. Minyak - untuk menumis bawang
3. Stok ayam / Kuib ayam - satu saja
4. Lada hitam (yang sudah ditumbuk halus) - 1-2 sudu besar
5. Kicap - untuk tambah kegelapan pada gravy (aku prefer yang masin sebab tak perlu lagi letak garam)
6. Tepung jagung/ tepung ubi kayu
7. Air

Cara-cara :

1. Bawang merah dicincang dan tumiskan jika periuk dah panas - bersama minyak.
2. Campurkan tepung bersama air (gaulkan bersama ke dalam satu mangkuk).
3. Campuran itu dituangkan ke dalam kuali selepas bawang garing.
4. Masukkan kuib ayam dan cairkanya ke dalam periuk.
5. Masukkan lada hitam & kicap.
6. Biarkan mendidih.
7. Jika kurang pekat, campurkan lagi dengan tepung + air.

Then, siap.
Try la, alang2 dah ada sos, buat la chicken chop. Hee.





Eldania Shukor

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

5 comments:

ann said...

Nk try. Cm sng je hihi. Visit my blog ye

Anonymous said...

Terima kasih..akhirnya jumpa jgk resepi sos lada hitam simple! Rs mcm sedap gak tu...

Anonymous said...

Awak tak bagi tepung, kicap dan air tu berapa banyak nak letak

Eldania Shukor said...

saya agak2 je ikut selera untuk kicap & air, tapi tepung tu ikut kepekatan......

Unknown said...

Klau x letak tepung blh x